Di musim perayaan ini, sudah tentu kita tidak sabar untuk pulang ke kampung. Pihak JKJR ingin mengucapkan selamat pulang kepada anak-anak Malaysia yang menuju ke kampung halaman yang dirindui. Untuk pemandu-pemandu kereta, amalkan petua-petua ini agar anda pulang ke kampung halaman dengan selamat dan selesa. Jangan lupa singgah sebentar menikmati Nescafe® And MILO® di PETRONAS Cofee Break di stesen servis PETRONAS terpilih semasa musim perayaan ini.
Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Rancang jalan-jalan yang hendak digunakan dan rancang tempat berehat. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Dingatkan di musim perayaan ini, had laju dikurangkan sebanyak 10km/jam di semua jalan negeri dan jalan persekutuan.
Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.