sklarkin1.zoom-a.com

| SK LARKIN 1 | Sejarah | Enrolmen | Logo | Warga Sekolah | Prasekolah | PIBG | Saujana | UPSR | Kurikulum | Kokurikulum | Takwim | Galeri Aktiviti | Pautan | Lokasi | Arkib Berita | BUKU PELAWAT |

SELAMAT BERKUNJUNG KE LAMAN INI. TERIMA KASIH.

KEBANGGAAN

GURU BESAR

Pn Hjh Jamaliah bt Abd Aziz

*****

VISI MISI SEKOLAH

VISI:
SK LARKIN (SATU) SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.

MISI:
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MOTO LARKIN 1

BELAJAR,

BERKHIDMAT DAN

BERJASA

LAGU SEKOLAH

SK Larkin Satu yang kucinta,

Wujudnya dari pelbagai bangsa,

Dengan satu tujuan dan cita,

Belajar berkhidmat dan berjasa.

Semasa persekolahan,

Pelbagai ilmu dicurahkan,

Kesopanan dan kesusilaan,

Kita mesti jadikan amalan.

Guruku memimpin supaya kita,

Taatkan Raja serta negara,

Kepada guru-guru, ibu dan bapa,

Jangan sekali kita menderhaka.

Satu bahasa amalan kita,

Untuk mengeratkan perpaduan,

Rukun negara yang diciptakan,

Mestilah kita jadikan amalan. 

S.K. Larkin Satu yang kucinta,

Wujudnya dari berbagai bangsa,

Dengan satu tujuan dan cita,

Belajar berkhidmat dan berjasa.

VISI MISI KPM DAN PPDJB

Klik gambar untuk paparan besar.

PAUTAN NAUNGAN

Kem. Pelajaran M'sia

Jab. Pelajaran Johor

PPDJB

PAUTAN PINTAS

IPTI

j-QAF Online

BTP Johor

Sistem Pertukaran Guru

PAUTAN BESTARI

Zoom-A

Web.Edu.TV

tutor.com.my

Interaktif Sains

KaryaNet (laman kanak-kanak)

Phases Of The Moon

Constellations

Check Your English

Cerita Kanak-kanak

Dunia Mikroskop

PAUTAN GURU

Huraian Sukatan Pelajaran

Kongsi Fikir Buat Guru

Emel Warga Akademik SKL(1)

PAUTAN AKHBAR

Utusan Malaysia 

Berita Harian 

Harian Metro 

New Straits Times 

The Malay Mail 

The Star 

Kwong Wah Yit Poh 

Nanyang Siang Pau 

Sin Chew Jit Poh 

Dinamani Tamil Daily 

BERINGAT SELALU

AYUH!!! 


MUTAKHIR LARKIN 1

26 - 30 JULAI 2010: Minggu Ujian Formatif 3 dan UPPM 3 diadakan. Diharap semua murid mengulangkaji dan bersedia.

26 JULAI 2010: Majlis perpisahan Cik Shariffah Zuraida bt Syed Zain, mantan GPK HEM telah diadakan. Cikgu Shariffah akan berkhidmat di SK Nong Chik memegang jawatan GPK 1. Kami mendoakan yang terbaik dan semoga kegemilangan cikgu diteruskan di sekolah baru nanti. Jangan lupa kita ya! Jasa dan perkhidmatan cikgu sentiasa dalam kenangan kami. Sila klik gambar di bawah ini.



26 JUN 2010: Hari Terbuka Sekolah.

16-19 JUN 2010: LDP diadakan.

5 - 20 JUN 2010: Cuti Penggal 1 Sekolah.

1 JUN 2010: Majlis Bilik Guru mengadakan majlis makan tengah hari sempena perpindahan dua orang guru iaitu Ustaz Azhar dan Pn Norasyiqin yang akan bertukar sekolah di negeri masing-masing. Semoga terus cemerlang dan jangan lupa kita di sini!!! Sila klik gambar di bawah ini.




*** Segala berita yang terdahulu boleh dibaca dalam 'ARKIB'.

GALERI TERKINI  **Sila klik GALERI AKTIVITI

Untuk semua gambar-gambar aktiviti tahun 2006 hingga 2010, sila klik ke GALERI AKTIVITI.

FIKIRLAH SEJENAK

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

SINGGAH SANTAI

PANTUN KANAK-KANAK

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap  di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari

sumber: http://penyair.wordpress.com/2008/06/10/pantun-kanak-kanak/

Koleksi Artikel: Banyak lagi untuk santai minda anda! Sila klik 'ARKIB' untuk membaca artikel yang lain.

SANTAPAN PANCAINDERA

Koleksi Pancaindera: Klik di sini.

 


UJI


Game Widgets


Custom Widgets

provided by: widgia.com

l


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: