MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, sudah pastinya murid-muridlah insan yang paling gembira kerana mereka tidak perlu ke sekolah selama sebulan lebih. Oleh itu, sudah tentu banyak masa terluang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara serta keluarga yang lain.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar masa cuti sekolah ini tidak menjadi sia-sia. Ibu bapa juga hendaklah membuat perancangan yang terbaik untuk memastikan masa cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak mereka sebaik mungkin.

Dengan demikian, di sini terdapat beberapa tips untuk para ibu bapa untuk memudahkan mereka membuat perancangan dan memanfaatkan musim cuti sekolah ini bersama anak-anak. Antaranya ialah :


Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.

Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.

Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.

Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

Kalau ada perpustakaan   awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.

Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.

Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama

Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.

Justeru itu, dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para ibu bapa dalam mengurus runting harian anak-anak mereka di masa cuti sekolah ini.


SUMBER:http://ibnismail.wordpress.com/2008/11/14/tips-memanfaatkan-musim-cuti-sekolah-anak-anak/




Mula