SAYANGI ALAM SEKITAR

 Alam sekitar ialah anugerah Allah S.W.T yang mesti kita hargai dan jagai kerana ia mempunyai banyak manfaat. Agama Islam juga menggalakan umatnya supaya menjaga kebersihan alam sekitar kerana Rasulullah juga ada bersabda bahawa kebersihan itu juga separuh daripada Iman. Kebersihan alam sekitar dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni. Kita juga dapat menghirup udara yang segar apabila alam  sekitar itu bersih. Sekiranya alam sekitar itu, kita akan merasa tidak selesa dan jijik. Kita mungkin akan terdedah dengan pelbagai penyakit seperti kolera, denggi dan sebagainya.

Pencemaran yang terdapat di negara kita sendiri dapat kita lihat samada pencemaran udara, darat dan sungai. Terutama sekali, pencemaran darat di mana banyak sampah-sampah dibuang di tempat-tempat tertentu oleh orang yang kurang bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara kita tidak selok dipandang orang terutama sekali dengan kedatangan pelancong.Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas pembersih. Orang ramai tidak kira tua atau muda mestilah peka akan kebersihan alam sekitar.Oleh itu, jangan ada yang bersifat tidak ambil peduli kerana kita mesti melakukannya dengan sukarela dan tanamkanlah sifat menjaga kebersihan ke dalam diri disetiap individu masing-masing.

Ada pelbagai cara dan ikhtiar untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih, antaranya dengan mengadakan kempen kebersihan secara beramai-beramai dan bergotong-royong. Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan juga banyak turut terlibat didalam kebersihan alam sekitar seperti mengadakan kempen dan iklan. Begitu juga dengan memberikan denda ke atas pesalah yang membuang sampah sesuka hati di merata tempat. Kebersihan alam sekitar itu penting disetiap negara contohnya di negara kita sendiri. Seperti yang kita tahu,pelancong-pelancong suka datang ketempat-tempat yang aman damai terutama kebersihan sesuatu negara itu untuk berehat menghirup udara yang segar.

Oleh itu,dengan adanya kebersihan secara automatik dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kedatangan pelancong-pelancong negara asing yang tertarik dengan kebersihan negara kita. Segala masalah pembuangan sampah ini mungkin tidak dapat diatasi sekali gus tetapi ia boleh dikurangkan mengikut peredaran masa dengan adanya sifat bertanggungjawab di setiap individu. SAYANGI ALAM SEKITAR-

Waktu petang cuaca redup,

Asap kenderaan di awang-awangan,

Bumi tempat meneruskan hidup,

Dimusnah jangan,dicemari pun jangan.




Mula