|
||||||||||
Catatan: Perkataan POSITIF menggambarkan tanggapan baik dan membina dalam memikirkan apa jua cabaran, dimensi dan masa yang dikurniakan. Apa pun, renunglah diri kita sendiri dahulu. Lokasi: Tapak Perhimpunan
Catatan: Gambar ini telah diambil oleh bekas murid sekolah ini, Yang Ikhlas yang berminat dengan seni fotografi...Sebenarnya banyak bakat dan potensi anak-anak murid kita yang tidak kita sedari...Gurulah yang sepatutnya menyelami minat dan menyerlahkan bakat yang ada dalam aset negara akan datang ini.... Lokasi: Puteri Harbour, Nusajaya
Catatan: LIGHT TRAVELS IN A STRAIGHT LINE...merupakan salah satu prinsip cahaya dalam Sains...cahaya itu mempunyai maksud, zat, khasiat, rahsia, kegunaan, kebaikan, keburukan dan keindahan yang terlalu luas untuk diungkapkan....apatah lagi kalau menghuraikan tentang bergerak, garis, lurus.......anda dan saya, itulah ilmu... Lokasi: Zoo Negeri Johor
Catatan: Ketiga-tiga gambar di atas telah diambil kerana tertarik dengan teknik "HIGH SPEED SHOT"...Semuanya diambil menggunakan kamera digital biasa, Canon Powershot sahaja...agaknya, apa rahsia di sebalik idea, kewujudan dan segalanya tentang HIGH SPEED SHOT ye? Mari fikirkan.... Lokasi: Halaman sekolah
Catatan: Gambar diambil ketika menghadiri Kusus LDP Siri Ke 4 di Desaru Damai Beach Resort...Ketika 'shoot' ini, saya dan rakan-rakan tengah mencari bahan-bahan di pantai untuk membuat kolaj berasaskan alam semulajadi 'terbuang'. Selamatkan alam kita wahai teman.... Lokasi: Bilik Guru
Catatan: Selamat Hari Lahir! Semoga keberkatan dan kesenangan buat kalian... Gambar ini diambil selepas mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kali Ke 49....Kejutan buat insan-insan ini...haha! Lokasi: Makmal Kemahiran Hidup
Catatan: Buat Ustazah Mislinah, Pn Zairina dan Pn Nurshidah, Selamat Hari Lahir...Pn Zairina tiada dalam gambar kerana terlalu sibuk membuat persiapan untuk Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Johor Bahru...Apa pun, semoga cemerlang sentiasa! Lokasi: Bilik Guru
Catatan: Ya...kerjasama itu indah...gembleng minda itu kerjasama...kerjasama itu gembleng minda... Lokasi: Bilik Tayang sewaktu Kursus Kepimpinan Pengawas
Catatan: Anugerah pagi yang tidak terhitung sempat dirakam sebelum masuk ke kelas...Bagi yang mahu berfikir, redup gelap dunia dipayungi bilah-bilah sinar alam melungsuri maya jiwa merebahkan angkuh hasrat merenjat saraf kesyukuran...bagi yang saja memandang, sahajalah segala yang biasa saja tiada makna sekadar sahaja...lalala.. Lokasi: Tangga sekolah
Catatan: Selamat Hari Lahir buat empunya-empunya diri, staf iaitu Pn Sulaikha dan Cik Rogayah selaku Pembantu Prasekolah dan guru, Pn Hjh Shamsiah. Didoakan murah rezeki kalian...amin... Lokasi: Bilik Guru
Catatan: Cik Ili, guru pelatih opsyen Matematik dan Cikgu Ismail...selamat menyambut hari lahir ye...Selamat!!! Lokasi: Kantin sekolah
Catatan: Tahu di mana lokasi penunjuk arah ini? Gambar ini diambil di Tanjung Piai National Park...Kawasan ini diliputi oleh hutan paya bakau...Bawa anak-anak bersama memang bagus, banyak yang boleh dijadikan pelajaran...Awas dengan monyet jantan yang berkeliaran...agak ganas...namun seronok melihat pemandangan laut lepas dengan kapal-kapal besar yang nampak tidak jauh dari jeti yang ada penunjuk arah ni...jeti panjang menganjur ke laut... Lokasi: Tanjung Piai National Park
Catatan: Foto ini diambil pada tahun ini, 2009...agak lambat jugak ye nak dapat sudut lensa yang menampakkan kelainan...haha..ragam tukang gambar nampak macam orang nak mengintai di sebalik semak!! hehe..gambar diambil pada waktu pagi selepas hujan...nampaklah kehijauan yang lebih segar! Awan nipis cantik tu digabung tempel melalui Adobe Photoshop...Ha, baru nampak zsssst!!!! Lokasi: Sebelah pondok menunggu bas dalam kawasan sekolah...
Catatan: Inilah guru-guru yang hari lahir mereka pada bulan Januari. Siap tunjuk dan bawa kek lagi...Berlatarkan warna dinding tumpu yang baru, memberikan efek yang lebih menyerlah...Gambar ini diambil sebelum waktu balik pada hari Jumaat...Semoga terus berbahagia... Lokasi: Bilik Guru
Catatan: Gambar diambil semasa murid Tahun 1 sedang membuat Ujian Pengesanan selepas pendaftaran Tahun1 pada hari Sabtu 3 Januari 2009. Memang cantik apabila suatu suasana khusyuk ( ketika sedang menjawab ujian) diambil, tapi ada juga (murid) yang perasan...hehe. Namun itulah keindahan... Lokasi: Kelas 1 Cerdik
Catatan: Gambar ini diambil ketika saya pergi ke Melaka pada tahun 2008. Bahtera besar tersebut merupakan salah satu mercu tanda Kota Melaka Bersejarah yang kini telah diktiraf sebagai salah sebuah tapak warisan dunia. Binaan yang besar itu adalah sebuah muzium yang digelar Muzium Samudera dengan menempatkan pameran koleksi barangan sejarah kapal laut yang pernah berlabuh di kota ini bermula pada Zaman Kegemilangan Melaka iaitu pada tahun 1500. Rasanya inilah sudut lensa yang terbaik bagi saya (setelah merakam banyak gambar pada kedudukan yang berbeza) dan gambar ini telah disunting dengan perisian Photomatix dan Adobe Photoshop. Kata-kata yang 'ditempelkan' timbul ketika sedang membuat suntingan...Kitalah hidup, hiduplah kita...lalala... Lokasi: Bandaraya Melaka
Catatan: Memang 'mengkhayalkan' apabila memandang laut...Kocakan air menitipkan irama hening keindahanNya. Hembusan bayu samudera mengirimkan sentuhan kehebatan Dia...hehe, macam ayat dalam novel...ceh...ada je...Gambar ini dirakam pada jam 11.30 pagi pada tahun 2008. Tengah hari dah tak jauh hampir tegak kepala...tapi kuatnya angin laut menghilangkan panasnya cuaca...Inilah Pontian. Lebih khusus, Pontian Kecil. Ketika mengambil gambar ini, dua orang 'tokei' ikan tengah menunggu kapal ikan mereka datang berlabuh....Suntingan gambar ini dibuat menggunakan Adobe Photoshop 7, versi lama... Lokasi: Pontian Kecil
Catatan: Sayur bendi goreng ini nampak cantik di dalam gambar...eh, sudah tentulah sedaaapppp!!! Mengutip kata-kata seorang pakcik, suatu sajian makanan yang terhidang mengungkapkan pelbagai maksud yang boleh dijadikan panduan jiwa dan hiburan hati. Anda pula bagaimana, teman? haha...kita makan je! Menggunakan teknik 'macro flash', gambar ini disunting dengan Adobe Photoshop... Lokasi: Rumah saya...hehe
Catatan: Hasratnya saja hendak mengambil sebuah pemandangan kampung ketika waktu hujan...Ketika ini kita singgah di sebuah gerai keropok lekor...Apabila tengah melihat beberapa gambar yang telah diambil, suatu ilham kata datang tentang indahnya hujan...teman-teman sekalian mesti banyak ungkapan atau pengertian daripada ceritanya hujan ini, kan? Sub ha nallah... Lokasi: Mersing
Catatan: Beginilah caranya, kata seorang ahli bomba yang memberi tunjuk ajar...Inilah antara gambar yang diambil sewaktu murid Tahun 6 membuat lawatan ke Balai Bomba Larkin Johor Bahru ( kira-kira 150m dari sekolah je ) selepas beberapa hari menduduki UPSR 2008...Ini merupakan salah satu program Tahun 6 selepas UPSR... Lokasi: Balai Bomba Larkin Johor Bahru
Catatan: Sempat juga mengambil gambar ketika bermulanya bacaan Yaasin pada hari Jumaat...inilah rakan-rakan guru yang khusyuk dan tenang...kita sedekahkan buat diri kita dan seluruh umat Islam baik yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia...lapanglah jiwa...lapang Lokasi: Bangunan C, Tapak Perhimpunan Sekolah
Catatan: Waktu gambar ini diambil pada sekitar jam 7.30 malam...Ciptaan Dia yang seekor ini merupakan antara kehebatan Maha Besar yang telah 'memunculkan' suatu teknologi terbang yang makin canggih...namun, apalah maknanya jika semuanya memberi pengakhiran yang tragis...itulah keindahan, teman...indahlah segala keindahan yang segala-galanya indah... Lokasi: Sebuah rumah di Kampung Melayu Majidi
Catatan: Mencuit hati dan indahnya sebuah pengalaman...Lihat saja pada yang melihat dan yang dilihat...hehe Lokasi: Nakhoda Training Centre Gelang Patah, Perkhemahan Unit Beruniform 2008
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |
||||||||||