BELAJAR,
BERKHIDMAT DAN
BERJASA
SK Larkin Satu yang kucinta,
Wujudnya dari pelbagai bangsa,
Dengan satu tujuan dan cita,
Belajar berkhidmat dan berjasa.
Semasa persekolahan,
Pelbagai ilmu dicurahkan,
Kesopanan dan kesusilaan,
Kita mesti jadikan amalan.
Guruku memimpin supaya kita,
Taatkan Raja serta negara,
Kepada guru-guru, ibu dan bapa,
Jangan sekali kita menderhaka.
Satu bahasa kita tuturkan,
Untuk mengeratkan perpaduan,
Rukun negara yang diciptakan,
Mestilah kita jadikan amalan.
S.K. Larkin Satu yang kucinta,
MUTAKHIR LARKIN 1
9 MEI 2012: RABU
Syabas kepada peserta Boling Padang yang telah mendapat tempat KETIGA bagi kategori Pairs Bawah 12 Tahun dalam Kejohanan Boling Padang Remaja Peringkat Kebangsaan 2012 di Ipoh Perak. Terima kasih buat Cikgu Hafiz bin Saat, Cikgu Salwa bt Husain, warga SK Larkin 1, Encik Kamaruddin, Jurulatih Boling Padang Negeri Johor dan semua pihak yang terlibat. Tahniah kerana terus tabah dan bersungguh-sungguh dalam menempuh halangan-halangan yang akhirnya membawa sedikit kejayaan yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah.
22 APRIL 2012: AHAD
Tahniah kepada penari-penari sekolah yang telah menyertai Pertandingan Zapin Peringkat Daerah Johor Bahru dengan nama kumpulan ASUH TARI yang telah berjaya menempatkan diri di tempat ke-4 pada penyertaan sulungnya. Syabas kepada penari, guru yang terlibat dan jurulatih tarian yang berusaha bertungkus lumus dan usaha anda semua sangat dihargai.
11 APRIL 2012: RABU
Cuti umum sempena Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
31 MAC 2012: SABTU
Program Motivasi UPSR Tahun 6 telah diadakan bersama murid dan ibu bapa. Turut dijalankan serentak pada hari yang sama ialah Kem Bestari Solat Tahun 1 dan 2. Sila klik gambar dibawah.
Program Motivasi Tahun 6
Aku Janji Murid UPSR
Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Tahun 6
Kem Bestari Solat
30 MAC 2012: JUMAAT
Satu Sesi Permuafakatan Kecemerlangan Akademik Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 1 telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.
10 MAC 2012: SABTU
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 telah diadakan. Terima kasih kepada wakil Pengerusi UDA Holdings Bhd yang telah sudi hadir merasmikan majlis. Sila klik gambar dibawah.
27 FEBUARI 2012: ISNIN
Pelancaran Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
24 FEBUARI 2012: JUMAAT
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan. Sila klik gambar dibawah.
20 FEBUARI 2012: ISNIN
Pelancaran Minggu Anti Dadah Sekolah telah diadakan dengan tema "1Malaysia Membanteras Dadah". Sila klik gambar dibawah.
3 FEBUARI 2012: JUMAAT
Majlis Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan. Sila klik gambar dibawah.
23 - 27 JANUARI 2012: ISNIN - JUMAAT
Cuti Tahun Baru Cina...HAPPY CHINESE NEW YEAR TO PN CHOO BEE TEEN, GKP 1 AND MISS LEE MEAN CHOO...
11 JANUARI 2012: RABU
Minggu pertama kokurikulum berjalan lancar dan gotong-royong sekolah telah diadakan. Sila klik gambar dibawah.
4 JANUARI 2012: RABU
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2012. Sila klik gambar dibawah.
2 JANUARI 2012: ISNIN
Taklimat dan pendaftaran murid Prasekolah dan Tahun 1 telah diadakan. Sila klik gambar dibawah.
ALAMAT: SK LARKIN (SATU), JKR 1950, JALAN LARKIN, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. NOMBOR TELEFON: 07-2220403. NOMBOR FAKS: 07-2220402. EMEL: sklarkinsatujb@yahoo.com
SELAMAT BERKUNJUNG KE LAMAN INI. TERIMA KASIH. LAMAN INI PALING SESUAI PAPARANNYA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER, HARAP MAKLUM.